Gash

Apakah itu Gash.


Mungkin barangkali kita tertanya2 apakah yang disebut2 gash itu. Gash adalah satu perkataan yang diambil dari bahasa parsi, yang bermaksud pusing2. Gash atau perkataan lainnya yang selalu disebut iaitu jaulah (urdu) atau ziarah (melayu). Tidak dapat dipastikan mengapakan perkataan parsi ini menjadi sebutan dalam usaha atas Iman dan Amal ini.

Ziarah adalah satu amalan yang ALLAH kekal hingga ke syurga nanti. Maka disyurga nanti, tiada lagi amalan2 yang telah ALLAH syariatkan kepada kita seperti solah, haji, zakat atau puasa. Disyurga adalah tempat menuai usha dan bukan nya tempat untuk berusha melakukan amalan. Penghuni2 surga adalah terdiri daripada insan2 yang telah dipilih oleh ALLAH untuk memasukinya seperti Kekasinya Muhammad s.a.w, nabi2, rasul2, para2 sahabat yang telah bersahabat dengan Nabi, berkorban bersama2 nabi, para syuhada, orang2 alim dan sesiapa sahaja yang ALLAH merahmatinya dengan kasih-sayang ALLAH. Disyurga nanti, penghuni2 nya akan saling ziarah menziarahi. Inilah tanda kasih-sayangNya kepada orang2 yang dipilihNya.

Kebiasaannya masyarakat melayu-islam mengganggap bahawa amalan ziarah ini hanya dilakukan pada musim perayaan sahaja. Amalan ini sebenarnya bukan tertahkluk kepada sesuatu peristiwa, perayaan atau sebagainya. Bukan setakan ada hari raya, ada kematian atau ada sesuatu perjumpaan keluarga, barulah ianya diamalkan. Ianya perlu diamalkan selalu. Sehinggakan menjadi amalan dalam diri kita, keluarga kita serta masyarakat2 lainnya.Amalan ziarah ini secara tidak lansung dapat mengeratkan hubungan silaturahim, mengenali antara satu sama lain dan yang paling penting sekali ianya adalah sunnah (amalan) Nabi kita iaitu Rasulullullah s.a.w (buat kerana ALLAH).

Ziarah yang selalu diamalkan oleh Rasullullah pada hidupnya ialah ziarah kepada orang islam dan orang bukan islam. Ziarah untuk orang islam kebiasaannya untuk menanyakan tahap keimanan sahabat disamping menanyakan khabar. Adapun ziarah kepada orang bukan islam ialah untuk hidayah, menunjukkan ahklak yang baik seterusnya menyampaikan dakwah (seru) & tabligh (menyampaikan) kepada ummatnya. Rasullullah amat2 kasih kepada ummatnya sehinggakan Baginda sanggup mengorbankan hati dan perasaan serta sanggup bersusah payah dalam menyampaikan dakwahnya.

Bayangkan jika hidup tanpa ziarah. Semuanya tidak lagi saling kunjung-mengunjung antara satu sama yang lain. Masing2 sendiri dengan hal2 sendiri. Tidak bertegur sapa. Tidak tahu akan perihal jiran tetangga, rakan2 , seterusnya masyarakat sesuatu tempat itu. Apa bakal terjadi kelak? Adakah masyarakat akan bersatu? Adakah harmoni sesuatu tempat itu akan wujud?....

Pentingnya ada satu jemaah sekurang2nya, didalam sesuatu kawasan itu, yang mana jemaah yang bergerak atas rasa tanggungjawab keatas diri sendiri dan orang lain. Jemaah yang risau memikirkan keatas keadaan dirinya apakah keadaannya selepas mati (dialam kubur dan seterusnya) disamping mewujudkan kasih-sayang dalam menyampaikan bentuk fikir yang sama kepada yang lain. Ini sangat2 penting untuk keselamatan ummat daripada bencana yang bakal menimpa. Ingatlah sahabat, apabila ibu, ayah, adik, abang, kakak atau sesiapa saja yang kita kenali dan kita sayangi itu terbakar bersendirian didalam rumah dan kita adalah berkuasa untuk menyelamatkan nya, maka kita tidak akan berfikir panjang untuk terjun ketempat api yang marak itu lantas menyelamatkan orang yang kita sayangi. Begitu juga kaedahnya terhadap saudara2 kita dalam kontek menyelamatkan diri kita yang disayangai dan saudara2 kita.

Cukuplah sekadar berdoa kepada sahabat2 serta saudara2 kita yang memperjuangkan sunnah Rasullullah ini. Menziarahi dan menziarahi sesama saudara islam untuk menyampaikan peringatan dan perintah ALLAH tanpa kenal erti kecil hati, panas terik dan kadang2 hujan untuk menyampaikan amanat penting yang mirip2 dengan kelakuan Rasullullah semasa hanyatnya. Jangan menjadi penentang kalau kita tidak mengetahui, dan jangan menjadi musuh kalau kita tidak selidiki.

Semoga dengan Rahmat ALLAH menjadikan saya dan sahabat2 serta saudara2 serta ummat akhir zaman ini bergerak ziarah untuk membaiki diri sekaligus mendapat petunjuk dan keRedhaan ALLAH.

Wallahuaklam.




(Subhanallahhiwabihamdi, subhanallahiwabihamdika, ashhaduallaailahailla, anta astagfiruka waatubu ilaikh)

Tasbih Fatimah r.anha




Hazrat Ali R.A berkata kepada salah seorang muridnya,"Mahukah saya ceritakan kasih sayang saya dengan Fatimah r.anha iaitu puteri Rasulullah S.A.W yang paling disayangi?"Murid itu menjawab,"sudah pasti."

Beliau pun berkata,"Fatimah r.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tanganya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang diperbuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meniggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri menguruskan rumahnya, menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaianya selalu kotor. Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah dibawa kepada Nabi S.A.W. Saya pun menyuruh Fatimah r.anha,"Kamu pergilah kepada Rasulullah S.A.W dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."

Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi S.A.W tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ. Beliau ialah seorang yang sangat pemalu. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri, maka beliau pun pulang.

Pada keesokkan harinya, Rasulullah S.A.W datang sendiri dan bersabda,"Fatimah, untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana?"

Oleh keranan perasaan malu, beliau mendiamkan diri sahaja. Saya (Hazrat Ali R.A) pun berkata,"Ya Rasulullah, kesan daripada batu pengisar, tangannya menjadi kasar. Kesan daripada tali bekas air, dadanya telah berparut. Sementara urusan rumahtangga yang lain menyebabkan pakaiannya selalu dalam keadaan kotor. Kelmarin saya memberitahu mengenai hamba - hamba yang telah sampai kepada tuan, supaya dia pun meminta seorang hamba. Oleh kerana itulah dia telah pergi kepada tuan."

Dalam sesetengah riwayat yang lain Hazrat Fatimah r.anha memberitahu,"Ya Rasulullah, saya dan 'Ali hanya mempunyai satu alas tidur, itupun daripada kulit domba. Pada malam hari kami membentangkan alas itu dan kami tidur di atasnya dan pada waktu siang kami tabur rumput dan bijian di atasnya untuk memberi makan unta."

Rasulullah S.A.W bersabda,"Wahai anakku,bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa a.s. Itulah yang dibentangkan dan mereka tidur diatasnya. Takutlah kepada ALLAH S.W.T, hasilkan sifat takwa dan tunaikanlah tugas - tugas rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah Subhanallah tiga puluh tiga kali, Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahuakbar tiga puluh empat kali. Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba."

Hazrat Fatimah r.anha pun berkata,"Saya reda dengan ALLAH dan rasulNya." [Abu Daud].

Keterangan

Yakni saya menerima kehendak ALLAH dan rasulNya terhadap saya dengan sukacita. Lihatlah, begini kehidupan puteri ketua segala rasul. Sekiranya di kalangan kita hari ini terdapat seseorang yang mendapat pendapatan yang lebih sedikit, isterinya bukan setakat tidak melakukan urusan rumahtangga malah urusan dirinya sendiri pun tidak akan dilakukan. Untuk ke tandas pun perlu ada orang yang berkhidmat kepadanya.

Dalam kisah ini perkara yang disebutkan hanyalah zikir ketika hendak tidur. Dalam hadith yang lain disebutkan juga mengenai membaca tasbih - tasbih ini setiap kali selepas solah. Tiga puluh tiga kali setiap kalimah di atas dan sekali Lailahaillalla huwahdah, lasharikalah, lahulmulkualahalhamdu wahua 'alakullisyai in kodhir....

Kisah Para Sahabat - Fadilat Amal
Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakaria.

Gash Pertama

Assalamualaikum.

Harini merupakan hari yang paling sesak. Harini kelihatan ramai orang sudah mulai datang ke tempat kerja masing2. Semuanya telah selesai daripada menyambut hari raya Aidilfitri yang telah berlalu.

Harini daku mempunyai tugasan mingguan yang biasa dilakukan di tempatku, iaitu Gash pertama. Harini miggu pertama juga gash kembali aktif setelah miggu sudah takda gash disebabkan kelemahan iman semasa menyambut Aidilfitri.

Huuu.... apakah kesudahan hidup ini tanpa dakwah....

Mengecat kereta kita.

Assalamualaikum sahabat semua.


Harini kita akan mempelajari cara2 untuk mengecat kereta tanpa menggunakan satu tong cat sekalipun. ianya mudah, murah, mesra pelanggan, capat, takpayah bayar road tax, tak payah test jpj dan tak kena saman sama sekali....

Tanpa mempelajari teknik cat dan ketuk kereta, kita memang akan menjadi pakar mengecat kereta. Pertama sekali kita memerlukan Adobe Photoshop CS3. Cs3 ini adalah versi yang paling baru daripada versi2 yang lain.



Langkah pertama, bukak Adobe photoshop CS3 kita tu... kluar la camni..





Yaa... ini bermakna kita dahpun berjaya membuka Adobe Photoshop CS2 kita. Ok, tanpa melengah2kan masa lagi, kita pun mengeluarkan kereta kita dari garaj ke tepi jalan... kita boleh menggunakan

open->browse-> pegi ke path keter kita -ataupun-
Drag gambar keter kita masuk ke Adobe Photoshop kita tu.





Yaaa.... ini dia kereta saya dan saya akan mengecat kereta saya sendiri. Kalau yang takde kereta lagi, bleh ambik kereta saya untuk ujikaji (habihla keter ku ini...) Kereta saya

Langkah kedua, Mendekatkan pandangan keter kita. Kita boleh pilih menggunakan kaedah seperti

1) pilih = view ->zoom in
2) CTRL dengan button +
3) ALT dengan scroll mouse

Jadikla camni. Kita cuba zoomkan keter kita sampai jadi camni yee....




Ok, Lepas tu kita mengeditkan kaler keter kita ni. Kita ambik polygonal lasso tool. Lihat gambar dibawah....





Lepas ambik polygonal lasso tool, kita pun buat kaedah meng select kaler merah kat keter tu. Buat plan2 supaya hasilnya baik. Select skit2 sampai jadik camni.....







Yaa... apabila dah jadi camni, maka berjayala kita meng select kaler merah tu....Ok, step yang seterusnya.... megecat kereta tanpa menggunakan cat.... cammana tu yek. Jom kita lihat.





Pilih = Layer -> new adjustment layer -> hue/saturation...
Kluar camni plak.





Tekan OK je....Lepas ni kita akan lihat magic david kophopil... Yea.... meg ejast kaler megikut citarasa.




Kita adjust kat hue sahaja. Jangan adjust kat tempat lain. Kalau nak adjust kat tempat lain, kena expert. Kalau nak adjust jugak, ikut la. Tapi jangan salahkan saya kerana kereta anda jadi keter mainan nanti...huhuhu... Skarang kaler biru. Kaler biru tak best, tukar kaler lain plak.






Waw...kaler hijau plak. Dalam dua kelip mata je jadik kaler hijau ni... Bagus2. Ok, kita try kaler lain plak.





Haiyya... belek punya belek, kaler pink jugak kita pilih. Haa.. Bila dah puas hati ngan kaler kita pilih tu, kita save je la file tu pakai save as dan pastikan format kita save tu pakai jpeg file. Ok, selamat mencuba.


Salam.

Komen anda tentang tutorial.

Perjalanan nabi Ke Taif

Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama


Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menaggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah. Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut. Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan.

Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif


Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w. Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada.

Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi. Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.

Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata, "Hoi!Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?

Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?"

Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."

Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang.

Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa:

Mahkfum doa nabi :

"Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."

Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki."

Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan."

Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka."

Keterangan

Inilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.


Kisah Para Sahabat - Fadilat Amal
Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakaria.